top of page

CEREBRAL PALSI (CP)

APA ITU CEREBRAL PALSI (CP)?

“CEREBRAL” ialah OTAK

 

“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsi mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA CP

Sebelum Kelahiran

  • Jangkitan dalam rahim

  • Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung

  • Terjadi pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

 

Semasa Proses Kelahiran

  • Kelahiran tidak cukup bulan

  • Kecederaan semasa lahir

  • Lemas semasa lahir

  • Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

  • Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning

  • Jaundis yang teruk (kemicterus)

  • Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

 

Seseorang kanak-kanak CP dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB CP

  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.

  • Perkembangan otak yang tidak normal.

  • Rembesan (intraeraneal bleeding).

  • Demam kuning.

  • Terhentak / terhempas / kejutan.

  • Serangan kuman / penyakit.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CP

 

Bagi kanak-kanak yang menghidapi CP biasanya mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun - Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan kerencatan lain seperti :

 

  • Rencatan akal (kurang kecerdasan)

  • Kerencatan pertuturan

  •  Rencatan penglihatan

  • Rencatan pendengaran

  • Sawan (epilepsy)

  • Kecacatan anggota

  • Kecacatan gigi

  • Masalah mengenai pernafasan

  • Masalah mangenai pemakanan

  • Masalah untuk buang air besar atau kecil

JENIS-JENIS CP

1. Jenis Spastik (65% dari semua kes CP)

Otot-otot menjadi tegang dan lemah. Penglibatan yang biasa terjadi boleh di bahagikan kepada :-

 

  • Quadriplegia (kedua tangan dan kedua kaki)

  • Diplegia (kedua kaki)

  • Hemiplegia (tangan dan kaki pada sebelah badan)

2. Jenis Diskinetik (Koreoatetoid, 10% dari semua kes CP)

Otot tangan, kaki dan badan secara spontan bergerak perlahan, menggeliat dan tak terkendali; tetapi biasa juga timbul gerakan yang kasar dan mengejang. Luapan emosi menyebabkan keadaan semakin teruk, dan gerakan akan hilang jika anak tidur.

 

3. Jenis Ataksik (5%dari semua kes CP)

Terdiri dari getar, langkah yang goyah dengan kedua kaki terpisah jauh, gangguan perseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak licin.

4. Jenis Campuran (20% dari semua kes CP)

Merupakan gabungan dari 2 jenis di atas, yang sering ditemukan adalah gabungan dari jenis spastik dan diskinetik.

Gangguan lain yang juga biasa ditemui di kalangan pesakit CP adalah:

  • Kecerdasan di bawah normal

  • Sawan/epilepsi (terutama pada jenis spastik)

  • Gangguan menghisap atau makan

  • Pernafasan yang tidak teratur

  • Gangguan berbicara

  • Gangguan penglihatan

  • Gangguan pendengaran

DIAGNOSIS CP

Semasa pemeriksaan akan ditemukan tertundanya perkembangan kemampuan motor. Tindak balas bayi (misalnya menghisap dan terkejut) tetap ada meskipun seharusnya sudah hilang.

Tremor otot atau ketegangan boleh di kesan dengan jelas dan anak cenderung melipat lengannya ke arah pusat, sementara kedua kakinya bergerak seperti gunting atau menunjukkan pergerakan luar biasa lain.

Berbagai kajian makmal biasa dilakukan untuk mengenal pasti punca CP.:

  • MRI atau CT scan kepala untuk mengesan kelainan bentuk atau kejadian otak

  • Pemeriksaan pendengaran (untuk mengesan masalah pendengaran)

  • Pemeriksaan penglihatan (untuk mengesan masalah penglihatan)

  • EEG jika pesakit mengalami sawan

  • Biopsi otot.

LATIHAN DAN PENDIDIKAN KEPADA KANAK-KANAK CP

  • Walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur.

  • Memperkenalkan kanak-kanak CP ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin, bagi mengelakkan kecacatan mereka  bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.

  • Diberi latihan setiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.

  • Kanak-kanak yang mengalami CP mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka

Penafian : Pihak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pengiran Omar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman sesawang ini.

© 2020 - 2024 PPKI SMK PENGIRAN OMAR

bottom of page