top of page

APA ITU PPKI?

APA ITU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)?

​

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):

​​

  • Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.

  • Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum.

  • Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.

  • Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

​SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)? â€‹

​

  • Murid bermasalah penglihatan

  • Murid bermasalah pendengaran

  • Murid bermasalah pembelajaran

 

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982).

​

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980).

CIRI-CIRI MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK)

 

  • Autisme

  • Epilepsi

  • Pintar Cerdas dan Berbakat

  • Lembam

  • Cerebral Palsy

  • ADHD

  • Discalculia

  • Disgrafia

  • Sindrom Down

  • Disleksia

CIRI-CIRI 'KHAS' PENDIDIKAN KHAS

​

  • Guru-guru terlatih khas

  • Pendekatan pelbagai disiplin

  • Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)

  • Kurikulum yang khas

  • Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.

  • Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran

  • Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai

  • Kaedah pengajaran yang khas

  • Kaunseling ibu bapa

​SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK) PERINGKAT PENDIDIKAN MENENGAH 

​

 Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

  • Berumur 13+ hingga 19+ tahun

  • Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)

  • Disahkan oleh pengamal perubatan

  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

  • Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.

  • Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran  boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau  di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang  atau SMPK Setapak)

  • Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

  • Selepas Tingkatan 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.

  • Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

bottom of page