FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Setelah tamat persekolahan, pelajar boleh berdikari
MISI PENDIDIKAN KHAS
Melahirkan pelajar yang mampu berdikari dengan mencapai kemahiran serta kemampuan yang optimum dengan pendidikan yang bersesuaian.
VISI PROGRAM
Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Bekeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
MISI PROGRAM
Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
-
Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
-
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum
-
Keupayaan berdaya saing da kebolehpasaran
-
Nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan
-
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
OBJEKTIF PROGRAM
-
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
-
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
-
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
-
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SLOGAN SEKOLAH
SMKPO YANG TERBAIK BAGIKU (SMKPO IS THE BEST FOR ME)
Omarians Make Amazing Results
MOTTO SEKOLAH
"CITA USAHA JAYA" (AMBITION EFFORT SUCCESS)
SLOGAN PPKI SMKPO
ABILITY DEFIES DISABILITY