KATEGORI ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
​Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
Kurang Upaya Penglihatan
i. Terhad di kedua-dua belah mata
penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation
ii. Buta di kedua-dua belah mata
penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di kedua-dua belah mata
iii. Buta di sebelah mata
penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di sebelah mata
iv. Lain-lain gangguan penglihatan kekal
Contoh : albanism
Kurang Upaya Pendengaran
i. Bilateral hearing loss
Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya:
a) Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
b) Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
ii. Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss
Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
iii. Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan telinga /sindrom berkaitan pendengaran
contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc.
iv. Lain-lain
Kurang Upaya Pertuturan
i. Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks
(Complex Communication Disorders)
Contoh :
-Kanak kanak : pediatric speech and language disorders
-Dewasa : Aphasia
Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik.
(Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak dan lain-lain berkaitan).
ii. Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)
Contoh :
Apraxia, Dysarthria
Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu.
iii. Kecelaruan Suara (Voice Disorders)
Contoh :
Dysphonia/ Aphonia
Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut.
iv. Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)
Contoh :
Stuttering
Cluttering
Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor
v. Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)
Contoh : Hypernasality Hyponasality
Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia
Kurang Upaya Fizikal
i. Limb Defect
(Acquired / Congenital)
Keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan:
-
Tangan
-
Kaki
-
Jari tangan / jari kaki
- kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari
- kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal.
ii. Spinal Cord Injury
Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.
iii. Strok
Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak.
iv. Kerdil (Achon-droplasia)
Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi
wanita.
v. Traumatic Brain Injury
Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.
vi. Cerebral Palsy
Keadaan kekal di mana berlaku masalah pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat gangguan bukan progresif di bahagian otak . Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut:
-
Hemiplegia
-
Diplegia
-
Quadriplegia
-
Lain-lain
vii. Lain-lain
Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.
Kurang Upaya Pembelajaran
i. Global Developmental Delay (GDD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
-
Ringan
-
Sederhana
-
Teruk
Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.
ii. Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
-
Ringan
-
Sederhana
-
Teruk
Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.
iii. Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
-
Ringan
-
Sederhana
-
Teruk
Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.
iv. Autisme (Autism Spectrum Disorder)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
-
Ringan
-
Sederhana
-
Teruk
Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.
v. Intelektual
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
-
Ringan
-
Sederhana
-
Teruk
Kurang upaya intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal / mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.
vi. Specific Learning Disability (Specific LD)
-
Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
-
Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.
-
Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.
Kurang Upaya Mental
i. Organic Mental Disorder yang serius dan kronik
-
Dementia in Alzheimer’s disease
-
Vascular dementia
-
Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease
ii. Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders
-
Schizoaffective Disorders;
-
Persistent Delusional Disorder; and
-
Other non organic psychotic disorders
iii. Mood Disorder
-
Bipolar affective disorder;
-
Recurrent depressive disorder;
-
Persistent mood disorders; and
-
Other mood disorders.
iv. Severe Anxiety Disorder
-
Phobic Anxiety disorders (Fobia),
-
Panic disorder;
-
Generalized anxiety disorder;
-
Mixed anxiety and depressive disorder; dan
-
Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
Kurang Upaya Pelbagai
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
KOD BAGI KATEGORI OKU
1. DE - Pendengaran
2. BL - Penglihatan
3. SD - Pertuturan
4. PH - Fizikal
5. LD - Pembelajaran
6. ME - Mental
7. MD - Pelbagai