top of page

DISGRAFIA

APA ITU DISGRAFIA?

 

Disgrafia ialah masalah pembelajaran spesifik yang memberi kesan terhadap kesukaran dalam menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf. Ini merujuk kepada tulisan yang buruk.

 

Kelainan neurologis ini merangsang kemampuan menulis yang meliputi rangsangan secara fizik, seperti tidak dapat memegang pensil dengan betul ataupun tulisan tangan yang buruk.

 

Disgrafia mengalami kesukaran dengan mengharmonisasikan ingatan dengan penguasaan gerak tangannya ketika menulis angka atau huruf. Kesulitan ini dapat mengganggu proses belajar kanak-kanak, terutama ketika kanak-kanak berada di peringkat bawah.

FAKTOR-FAKTOR DISGRAFIA
​

Kanak-kanak ini biasanya mempunyai masalah sampingan seperti masalah memproses maklumat yang menyebabkan berlakunya masalah pengamatan di mana kanak-kanak menulis secara terbalik.

​

Mereka tidak menulis mengikut urutan dan tulisan yang buruk. Mereka juga menghadapi masalah dalam huruf dan perkataan yang berturutan dan ini meyebabkan kanak-kanak ini menulis dengan kadar perlahan dan lambat ataupun mengalami kesukaran dalam mekanisme tulisan seperti ejaan, tanda baca dan sebagainya. Mereka juga biasaya mencampuradukkan antara huruf dengan nombor dalam formula.

 

Kanak-kanak  yang mengalami masalah gangguan tumpuan (hyperaktif atau ADHD) biasanya mengalami kesukaran untuk menulis. Hal ini kerana mereka juga mengalami masalah dalam mengatur dan menyusun maklumat dan proses maklumat mereka berlaku dengan kadar yang cepat dan tidak dapat berkoordinasi dengan motor halus.

 

Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah disgrafia kerana kelemahan dalam proses pendengaran dan bahasa. Keadaan ini disebabkan oleh kesukaran belajar dan memahami bahasa. Mereka biasaya menghadapi masalah dalam ekspresi itu dalam bentuk tulisan Bentuk huruf tidak konsisten, sukar memegang alat tulis dengan betul, pen atau pensel sering terlepas dari tangan.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISGRAFIA

​

  • Bentuk huruf tidak konsisten, sukar memegang alat tulis dengan betul, pen atau pensel sering terlepas dari tangan.

  • Sering salah menulis kata-kata (dilakukan secara berulang-ulang). Misalnya menuliskan ‘’kepala’’ menjadi ‘’kelapa’’ atau ‘’taman’’ menjadi ‘’tangan’’.

  • Sukar menginterpretasikan idea, perasaan atau mesej melalui tulisan

  • Kanak-kanak ini menggunakan tanda baca yang tidak betul, ejaan yang salah dan mengulang ayat ataupun perkataan yang sama. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik tetapi mereka menghadapi masalah dalam kemahiran menulis

  • Kanak-kanak ini biasanya sukar untuk menulis nombor mengikut urutan. Mereka tidak konsisten dalam tulisan iaitu mencampuradukkan huruf besar dan huruf  kecil, kecondongan tulisan dan saiz tulisan.

  • Kanak-kanak ini juga tidak menulis ayat atau perkataan hingga habis. Terdapat huruf atau perkataan yang ditinggalkan.

  • Kanak-kanak ini juga akan menulis dengan gerakan pangkal lengan ataupun memegang pensel rapat ke kertas. Mereka juga akan bercakap bersendirian semasa menulis dan lambat untuk menulis.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI DISGRAFIA

 

  • Diagnosa disgrafia harus dilakukan oleh pakar dalam bidang disgrafia.

  • Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah disgrafia, berikan pujian sewajarnya pada setiap usaha yang dilakukan oleh mereka. Jangan sesekali meremehkan kerana hal ini akan membuatnya mereka berasa rendah diri dan berputus asa.

  • Kanak-kanak disgrafia juga boleh diberikan kesempatan untuk menghasilkan idea dan konsepnya dengan menggunakan komputer. Ajar mereka untuk menggunakan bahan-bahan bantu mengajar ini agar mereka tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi komputer. Kanak-kanak akan memanfaatkan saranan pembetulan ejaan agar ia mengetahui kesalahannya.

  • Seeloknya pihak ibu bapa, guru, atau pendamping memahami kesukaran dan keterbatasan yang dimiliki anak-anak disgarafia. Berusahalah untuk tidak membandingkan kanak-kanak seperti itu dengan kanak-kanak  normal yang lain.

  • Kanak-kanak disgrafia sepatutnya diberikan tugas-tugas menulis yang singkat sahaja. Ibu bapa juga boleh meminta pihak sekolah untuk memberikan ujian lisan bukan tulisan kepada kanak-kanak tersebut.

  • Sebaiknya bahan pengajaran yang digunakan ibu bapa atau guru tidak terlalu menuntut kanak-kanak untuk banyak menulis .

SOKONGAN KELUARGA

​

  • Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran

  • Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.

  • Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

  • Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian

  • Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.

bottom of page