
TATACARA KEMASUKAN MURID KE PPKI
SYARAT KEMASUKAN MURID ARUS PERDANA KE PPKI
​
i. Telah mengikuti proses P&P di sekolah
ii. Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas
iii. Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran (IPMBDP) dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah pembelajaran
​
iv. Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU
v. MBK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis daripada penyelia PDK.
​PROSES KEMASUKAN MURID BARU KE PPKI
​
i. Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor
ii. Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
​
iii. Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN
​
iv. Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang
Permohonan OKU (Borang BPPOKU pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM
​
Maklumat Berkenaan Pendaftaran OKU & Kategori OKU : maklumat lanjut di sini
PROSES KEMASUKAN MURID KE PPKI
Proses kemasukan murid ke PPKI bergantung kepada permohonan murid baru dan permohonan rayuan murid.​

​
Sumber: Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi (muka surat 10 - 11)